Jika anda tidak pernah terdengar atau terlintas dengan nama Eset Smart
Security mungkin anda pernah dengar nama Nod32 Antivirus. Eset Smart
Security atau Nod32 Antivirus mungkin kurang popular atau jarang
dikenali disebabkan ia tidak diberikan atau ditawarkan secara percuma
kepada pengguna. Namun begitu, Eset Smart Security dan Nod32 Antivirus
mempunyai versi percubaan atau trial version. Tiada kekangan atau
limitation daripada segi fungsi, hanya limitation pada tempoh penggunaan
antivirus tersebut yang diberikan hanya untuk beberapa minggu atau
mungkin bulan. Perbezaan utama antara Eset Smart Security dan Nod32
Antivirus ialah Eset Smart Security bertindak sebagai antivirus,
antispyware, antispam dan firewall manakala Nod32 Antivirus hanya
sebagai Antivirus dan Antispyware.
Apa yang menarik dengan Eset Smart Security ialah kerana pada saya ia
mempunyai rate detection yang sangat tinggi dan kurang false positive.
Saya sedia maklum, kebanyakan daripada anda kita mungkin ‘terpaksa’
menggunakan keygen atau patch untuk beberapa aplikasi atau software yang
mana mudah dikategorikan sebagai virus oleh beberapa Antivirus. Namun
begitu, Eset Smart Security tidak menganggap patch atau keygen sebagai
virus melainkan patch atau keygen tersebut dihasilkan dengan cara yang
kurang bijak. Maka jika anda download patch atau keygen, anda boleh
yakin samada patch atau keygen tersebut selamat digunakan atau tidak
memandangkan beberapa patch atau keygen sememangnya diselitkan dengan
virus. Peringatan untuk anda, disable antivirus semasa penggunaan patch
atau keygen adalah langkah yang bahaya dan kurang bijak.
Selain daripada scan engine Eset Smart Security sangat mantap, saya
selesa dengan Eset Smart Security kerana Eset Smart Security bertindak
sangat senyap dengan paparan notification di sudut kanan taskbar apabila
virus dikesan, dan menghasilkan pop-up hanya apabila dirasakan aplikasi
tersebut mungkin berguna kepada kita. Secara keseluruhan, saya
menganggap Eset Smart Security adalah Antivirus yang sangat bijak dan
memenuhi kehendak saya dan sepanjang bersama Eset Smart Security selama
lebih 2 tahun, saya tidak pernah diserang virus. Syukur.
Ketika artikel ini ditulis, satu perkara yang kurang menyenangkan
tentang Eset Smart Security adalah setiap website atau link dalam iframe
ke domain co.cc dianggap merbahaya. Eset Smart Security akan menghalang
atau block setiap website yang menggunakan domain co.cc. Perkara ini
bermula sejak Pak Cik Google membuang semua website yang menggunakan
domain co.cc daripada search engine mereka. Walaupun Pak Cik Google
telah kembalikan semula website yang menggunakan domain co.cc dalam
search engine mereka, namun Eset Smart Security masih kekal dengan
pendirian membuta tuli mereka yang menganggap semua domain co.cc adalah
merbahaya. Sememangnya anda boleh memberikan pengecualian atau exception
dalam advance setting Eset Smart Security untuk domain co.cc. Hal ini
menyebabkan Eset Smart Security melepaskan terus website domain co.cc
daripada pemeriksaan. Namun begitu, perbuatan tersebut boleh mengundang
padah andaikata terdapat website yang menggunakan domain co.cc
benar-benar mengandungi malware.
Sumber :
Tanggapan :
Dengan pengalaman menggunakan antivirus ini, saya telah merasakan
beberapa kekurangan dan kelebihan dari Eset Smart Security ini. Eset
sangat peka terhadap virus, file berbentuk crack saja dapat terbaca
virus oleh ESET NOD32 ini. Namun dengan menggunakan Eset, kita akan
mendapat perlindungan yang sangat ketat. Kita dapat menjelajahi website
website dengan keyakinan, karena Eset telah memberikan Fitur keamanan
seperti Anti Phishing. Eset juga memberikan fitur fitur keamanan lainnya
seperti Removable Media Control, Gamer Mode, Mode Hemat Baterai dan
perlindungan perlindungan lainnya.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar